Pages

Wednesday, July 27, 2011

Entri untuk Dia yg tidak dapat saya sebutkan nama

Ya ..aku tahu..kehilangan itu satu penyeksaan..Dia yang jauh disana tidak mungkin lagi untuk merindui kita disini..aku juga pernah kehilangan..Kehilangan yang maha azab untuk ditelan..yang maha susah untuk diharungi..Berita kematiannya pernah membuat aku meraung..dan rebah ke bumi..Tetapi..aku hormati keputusan Ilahi..Untuk mengambilnya kembali kepada cinta yang hakiki..Jenazahnya kulihat..kuburnya aku ziarahi..Itu semua adalah untuk meyakinkan diri bahawa dia sudah tiada lagi..Hanya Al-Fatihah yang mampu kuberi.

Awak yang tidak dapat saya sebutkan nama..suatu masa dahulu ..awak yang  mampu membuat saya berdiri tegak..menghadap dunia yang kejam..awak pinjamkan saya bahu awak sementara kaki saya kuat kembali..Awak mahu saya bangun..supaya saya mampu hadapi semuanya..supaya saya tidak mati ..Saya tahu..awak tidak sesekali akan luahkan apa yang terbuku..awak selalu berkias tentang isi-hati dan perasaan awak..Tapi..saya faham..saya semakin faham diri awak kini..

Kini..tiba giliran saya untuk meminjamkan bahu saya kembali..meminjamkan tangan untuk menyapu titisan air mata awak yang tidak kelihatan zahirnya..memberi ruang masa untuk diri awak walaupun saya terpaksa sendiri..

Tetapi..awak harus ingat..yang pergi jangan ditangisi lagi..Iringilah dengan alunan yassin dan kalungan al-fatihah..Supaya insan yang awak sayangi sepenuh jiwa awak aman dan bahagia di sana.Lakukanlah banyak amalan kebaikan ,supaya tempiasnya ..dia disana juga merasa..Hidup ini perlu dihargai..Ingatlah juga bahawa Allah tidak menguji diluar kemampuan hambanya.Itu tanda sayang dan kasih  yang tiada taranya dari yang MAHA ESA ..Hikmahnya mungkin tidak dapat dilihat pada zahir..tetapi mata hati yang harus bijak menilainya..

Awak yang tidak dapat saya sebutkan nama..sabarlah dengan ketentuan yang MAHA ESA..saya sentiasa ada disini jika awak perlukan saya.Saya tahu..saya tidak perlu meminjamkan telinga kerana awak tidak mungkin meluahkannya..Tetapi saya tahu,kerana saya dapat merasa...

0 comments:

Post a Comment

sila silalah komen ye: