Awak yang tidak dapat saya sebutkan nama..suatu masa dahulu ..awak yang mampu membuat saya berdiri tegak..menghadap dunia yang kejam..awak pinjamkan saya bahu awak sementara kaki saya kuat kembali..Awak mahu saya bangun..supaya saya mampu hadapi semuanya..supaya saya tidak mati ..Saya tahu..awak tidak sesekali akan luahkan apa yang terbuku..awak selalu berkias tentang isi-hati dan perasaan awak..Tapi..saya faham..saya semakin faham diri awak kini..
Kini..tiba giliran saya untuk meminjamkan bahu saya kembali..meminjamkan tangan untuk menyapu titisan air mata awak yang tidak kelihatan zahirnya..memberi ruang masa untuk diri awak walaupun saya terpaksa sendiri..
Tetapi..awak harus ingat..yang pergi jangan ditangisi lagi..Iringilah dengan alunan yassin dan kalungan al-fatihah..Supaya insan yang awak sayangi sepenuh jiwa awak aman dan bahagia di sana.Lakukanlah banyak amalan kebaikan ,supaya tempiasnya ..dia disana juga merasa..Hidup ini perlu dihargai..Ingatlah juga bahawa Allah tidak menguji diluar kemampuan hambanya.Itu tanda sayang dan kasih yang tiada taranya dari yang MAHA ESA ..Hikmahnya mungkin tidak dapat dilihat pada zahir..tetapi mata hati yang harus bijak menilainya..
Awak yang tidak dapat saya sebutkan nama..sabarlah dengan ketentuan yang MAHA ESA..saya sentiasa ada disini jika awak perlukan saya.Saya tahu..saya tidak perlu meminjamkan telinga kerana awak tidak mungkin meluahkannya..Tetapi saya tahu,kerana saya dapat merasa...