Pages

Thursday, January 20, 2011

Perfectly Imperfect

Assalamualaikum

Kalau anda mempunyai hati yang keras,ego tahap terlampau dan langsung tidak sensitif anda adalah orang yang dilarang keras untuk membaca entry ini..Sebab utama larangan ini adalah untuk mengelakkan anda dari termuntah atau terasa geli dengan entry kali ini..

Entry kali ini adalah tentang apa-apa sahaja yang aku terasa nak cakap dari usus hati limpa jantung dan pedal aku.So,mungkin setiap satu ada kaitan dan mungkin juga tidak..Aku turut sertakan beberapa persoalan dan cara aku melihatnya dalam jawapan2 yang aku bakal bagi.

Baiklah..Soalan pertama..Pernahkah anda dikhianati oleh kawan baik anda baik lelaki mahupun perempuan secara terang-terangan atau belakang?
Jawapan aku:Ya..Secara terang dan secara belakang..dua2 aku pernah kena..Tapi kawan-kawan yang aku ada setakat hari ini mampu menjadi tulang belakang aku.Yang menjaga setiap titis air mata aku yang tumpah.Yang sanggup berkongsi pinggan makanannya dengan aku walaupun dia juga terasa lapar.Yang mengizinkan aku meneguk setitis kasih dari cawan persahabatan.Yang membuatkan aku berasa aku tidak keseorangan.Yang membuatkan aku terasa diperlukan.Dan Terima Kasih juga kepada yang pernah mengkhianati aku.Tanpa anda,aku takkan jadi seperti diri aku sekarang.Yang lebih tabah.Yang lebih suka tersenyum walaupun masalah dipikul teramat berat rasanya.


Soalan seterusnya:Perlukah Cinta?
Jawapan:Ya.Cinta kepada 5 perkara.tetapi pada aku,cinta terhadap kaum yang bukan sejenis aku,pada masa ini..biarlah Allah yang tentukan..Kerana dia maha mengetahui..Aku pun takde body hot mcm Aishwarya Rai.Mata tak sebulat Deepika Padukone..yAikkss..asal suma hindustan nih??ok ok..back 2 d point..:)Satu lagi..aku tak suka orang paksa aku buat apa yang aku tak suka.Dan juga..aku terpaksa buat pengakuan..Pasal cinta2 nih sebenarnya aku tak pandai..loading,lembap,lumpy dsb yang boleh relate dgn kelambatan..Aku tak pandai tunjuk aku sayang ..dan aku taktau mcm mana..haisshh!tapi satu je..lagi aku sayang kat orang tu..lagi la aku takkan tunjuk..sampai orang tu tak boleh detect punyalah..aku akn ckp bahasa ala2 brader ngan beliau..hahaha..aku mmg kasar ..not in kind of manner..but in kind of how i express myself..ckp entah apa2..mcm slamber..mcm cool..mcm je lah kannn:)

soalan 3:apa motivasi aku?ni soalan lecturer Management aku tanya ptg td..

Jawapan:for  the sake of my future.aku agak selfish sbb tak sebut mak n abah macam kawan2 aku sebut..but dats d truth..ya..mmg aku selfish bab2 masa depan..kenapa??sbb kalau aku ada masa depan yang kukuh,barulah aku boleh bahagiakan mak n abah..kawan2 rapat,adik beradik dan semualah..

soalan 4:aku tanya Raff,aku ckp kat dia p mana habis lelaki yang bertanggungjawab?

Jawapan Raff:hahahahahaha*kontroversi sket ye jawapan nih anak2..diharap dapat bersabar..ok ok..bck 2 d answer..semua lelaki yang bertanggungjawab gay..ouhh..

Jawapan aku:Hahahahahahahahahahahahaha..aku gelak puas2..sbb ada gak kbnarannya..lelaki straight suka sakitkan hati..tak tahu apa yang perempuan nak..how to treat the  ladies properly..lelaki staright ego!terlalu ego untuk memujuk..terlalu ego untuk mintak no.telefon..tettt..haha.

     terlalu takut nk mngaku kalau dah suka..terlalu suka treat girls like we are MIND READERS..haha..pleaseee la..we all tak boleh baca apa yang ada dalam fikiran u guys..jgn main agak2 je..may b apa yg we all fhm tak sama dgn apa yg u guys maksudkan..so explain pleasee..terlalu tak kisah dgn penampilan diri..heloo!lelaki tu kalau tak hensem pon tapi kalau pandai gayakan rambut,ada clean look,u guys mmg akn nmpk hensem..ni facts..bnyak kawan2 perempuan aku mngaku bnda nih..


terlalu malu untuk pakai payung kalau hujan sbb nti rasa tak macho..terlalu susah nk bukakan pintu 4  their loved ones..terlalu malas nk g shopping..terlalu cuba untuk mngelak nk tman loved ones g salon..tapi kalau ajak lpak mapley tengok MU lawan Liverpool..lajuuuuu je!ouh boys!*sigh..girls suka simple things yang sweet..

tu je entry kali nih..sbnrnya nk tulis pasal feeling aku..tapi kensel je lahh..tak boleh aku..aku tahu perasaan aku sekarang nih tak terluahkan..point is,aku nk bgtahu yg aku ni mmg perfectly imperfect.tak boleh buat semua orang terima aku..tak boleh puaskan hati setiap pihak..Aku nk minta maaf..atas semua kesalahan yang aku pernah buat sama ada aku sedar atau tak..mana tahu,mungkin esok dah tak ada untuk aku..kalau aku ada hutang,sila tuntut..kalau aku dah tak dak..mintakla kat family aku..Tolong halalkan apa yg aku dah buat..aku lawak kasar ke atau tersakitkan hati sesiapa ke..sbb aku manusia lemah,tak sempurna,cukup fail nak tunjuk rasa hati..Kalau aku dah tak da,aku nk hampa semua tau yang aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua yang aku pernah kenal.

Thanx U 4 reading my entry..till then..bye

1 comments:

pingukuning said...

hahaha...ain..we know u well..:)

Post a Comment

sila silalah komen ye: