Aku nk share ngan u guys apa yg aku jumpa dalam Ranap..ok,before that apa itu RANAP yang aku dok gebang-gebang nih? ia adalah koleksi puisi oleh da gojes Fynn Jamal.Kawan aku Natasha yang beli online sbb dia die-hard-fans akak Fynn Jamal ni..ok ..continue to d question that i asked earlier..To be honest, aku jumpa diri aku dalam puisi dia..so,this is my fav part of d book..enjoy..
gadis yang disampahkan
jika kau tak izinkan aku menjahit tubuhmu pada aku,
sila beredar.
andai kau tak relakan aku menyimpan bulan dibilikmu,
sila keluar.
jika kau tak kalihkan aku memejamkan matamu tiap waktu,
sila pergi.
andai kau tak redhakan aku merangkulmu tanpa jemu,
sila mengerti ----
rasa posesi ini bukan semata buta-buta,
rasa milikan ini bukan semata dusta-dusta.
silapkah cemburu?
salahkah cintakan kamu?
bodohkah keyakinanku?
apakah aku tak malu?
tersiat-siat seperti kertas dikoyak-koyak
walau sekadar embun menyentuh jarak,
disiang-siang seolah ikan dipotong-potong
meski hanya angin menghembus kosong.
mengapa kenapa?
mengapa saya?
aku takut dilupakan , kerana itu.
aku takut hilang , persis dahulu ;
kewujudan yang lain tidak tahu.
keberadaan yang sentiasa dikelambu.
tuhan,
padamkan cinta aku pada manusia,
kerana ia menyiksa aku.
tuhan,
yakinkan aku, dzat aku ini tak sepenting mana,
yang ku kononkan pada jiwaku.
aku ini perempuan;
semahal mana pun aku,
harus menjaja menjual cinta.
_______________________________________________________________________________
my second best fav part of RANAP.
cari
mencari senyum dalam mata itu,
mencari kasih yang pernah tersimpan buatku,
mencari harap di setiap tertembung malu,
mencari aku di dalam kamu seolah dulu.
mencari damai dari kejauhan yang dekat,
mencari rindu yang ku tanggung sarat,
mencari cinta yang kau tutup rapat,
mencari aku yang sedang tersiat-siat.
mencari kamu yang hilang di dalamnya,
mencari jiwa kau sembunyi tak bersuara,
mencari gagah untuk aku tumpang sama,
mencari aku yang kerananya jadi gila.
mencari.
mencari dalam anak mata itu,
mencari aku,
mencari kamu;
yang dulu.
_______________________________________________________________________
kenapa aku kata ni saat terakhir aku ngan RANAP..ye la..buku tu kan orang punya..so,kena pulankan balik..malam ni aku nk p bagi dah..
ok semua..may u have all d greatest things in life..
📹 Comment regarder Alex Strangelove En ligne
5 years ago
0 comments:
Post a Comment
sila silalah komen ye: