Pages

Monday, February 21, 2011

10 petanda DIA jodoh kita :)

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 from:
http://www.facebook.com/home.php#!/note.php?note_id=479893801040&id=1662714463

Friday, February 18, 2011

tahukah anda ??!!


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

from:(http://lawakjenaka.com/bahasa-melayu/lawak-bodoh/fakta-lawak.html)

Thursday, February 17, 2011

finally : titi ayun :)

ok semua2 orang!! aku dh dpt gambar utk lawatan sambil belajar     hahaha...untuk cuti2  hari tu..they came out with an idea to go to titi ayun ..so tukang masak:all d girls yg pegi..aku+aina+nadia+qila+kak atie+farah+ila...bnyk ni je dak2 pempuan yg pegi..hellooo!!esok mlm ada test calculus 2 kotss..but utk hilangkan stress..join je la :) n it works..the guys are so super duper cool..kita semua mndi kat puteri mandi..ya Allah nk pegi situ punya la bnyk onak duri ranjau kna daki bukit dsb..rombongan 4 bijik keta..sume jenis keta addddaaa..fuhhhhh penat wei..so lets d pic do d talk ..


  haaaa  ...amacam..ala2 gambaq korea punya photoshoot..korang ada???takda kannn...hahahahaha..ni nama dia harris..
 ok ok..ni men in black versi ramai orang..mula2 muka suma orang ceria cam kekanak riang gembira ditepi pantai yang indah jeee..lalalala..masa tu tak tau lagi kna panjat+ daki +terjah hutan belantara tuh ala2 merentas desa..hahahaha...


                           dah nama pon titi ayon..wajib la ada titi berayun -ayun..suma 28 orang..menu:bihun+sandwich+coke...weyppp!! jgn lupa bayar rm 4.00 kat zaff or raff tau..:)
 ali n qila..masing2 apa yg aku nmpak,they complete each other..so sweet :)bila la aku boleh jadik mcm dorg nih...
 ya ya ya..saya akui saya sgt selekeh pada hari itu uollsss...takkan la nk pakai gucci+prada+versace plak g kelah2..saya pakai baju yg boleh muat lagik sorang kat situ..hahahaha..tepi aku tu nadia..makwe zaff..auwwww..suma org bawak makwe..aku nk makwe jgk*oooppssss bebeh..hahaha
 haris+gigi!!!!!! wut r u doing ?????hahahahahahahahahha
dialog:
gigi:"apa kata kalau kau kasik curl sket rambut kau nih haris..senang sket aku nk wat part time carik kutu."
haris berkata:"hellooo rambut wa bersih n bebas kutu lu pehall??!! aaa..tacing la nih...nk g ngadu kat ali je lahh..tengok nih..dia kasik bontot je kat aku??!!wuwu..nk g majok jauh2"..hahahaha
 ok..perempuan2 market..hahaha..no la..just kidding:)..from left:mak nyeee a.k.a akak atiee then Qila pastu fara ,along n aina..so havoc dat day..bergelak ketawa..bercanda -ria..bersuka-suka..mengusha-usha baekk punya*ooppsss again...hahahaha
 ayu tak ayu tak saya????hahaha..bajet ayu je minah nih sbb yg tgkap gambar tu hensem..hakhakhak...sbnrnya i tahan kentut uolllssss...tak la tak la*deny..mana ada..tipu jee..masa tu tgh cedok bihun..feeling2 katering kat umah kenduri sket..

 amboi amboi amboi...depa dok syokkkk sgt main ayaq..macam tak pernah jumpa..ni kalau ada pelampong itik kaler kuning tu pon,,aku rasa depa nih layaaannnn ja..ada yg kuak lentang,terbalik,kuak katak,kuak kupu2 sumaaaa adaaa..terjun tarzan,kona baring..habaq mai..apa ja yg tak buat lagi..hahaha
 yaaaa..ini lahhh saya..oppss..tipu tipu..ni aina..tak sgka i dia bnyak peminat uollss..i pon takde orang minat*apa kaitan tiba2 ntah..hahaha..jgn amek..she's taken by sumone dah pon..
dialog..
aku:"aimannnn!!! hati-hati nanti jatuh..jgn main jauh-jauh sgt nantiii hilang..apa mama nk jawab kat abah kamu??"

raff:"alaaaa mama nih..bia la...aiman dah besar kot!tak kira,tak kira aiman nk terjun jugak"

hahahaha...

so..kta dah sampai kat last pic..bila aku godek2 gambar yg zaff bg td..rupa2 nya..gambar yg ramai2 kitorang tgkap takdak plak kat sini..aku kalau boleh nk include kan suma orang..tapi nk buat cena..so,utk yg gambar dia takdak..jgn kecik ati eyh..nti kalau ada lagi gambar,,saya upload eyh..tu je dulu untuk skarang...:) 


konklusi untuk program ini:
1)sgt best len kali boleh buat lagi skali
2)hilang tensyen sbb patah hati+jiwa+raga
3)dpt kenal dgn orang baru:)kawan2 baru..sgt2 la best..
4)dapat mnjana minda menjadi modal insan kelas pertama*hahahaha..


dah2..penat tuleh ni...bye semua..

Wednesday, February 16, 2011

saya suka awak :)

sorry diz time i still cant update about our outing last Tuesday..*not outing exactly..hihi
diz entry will be in Manglish cuz Manglish is kind of cute to me..:)
regarding d title above...yepp!! i like u,saya suka awak..


i want to tell ya somethg..i like diz guy but i know 1 thing 4 sure,he doesn't know my feelings 4 him.
i like him n dats d reason i cant talk to him cuz my heart will explode juz in a split secs d moment i heard his voice..hahaha*ayat mcm karangan aku time sekolah mngah dulu je..mcm skema!!


just a short entry on how i feel about him.
 if he finds out bout diz i will change my face!!*blush blush blush..


but..awak,i want u to know these things:


1)saya suka awak. kalau saya tak suka awak,saya takkan keluar dgn awak masa awak ajak saya main boling dulu..it's like d coolest day ever since i am freely n totally can b myself when im with u..if i can go back to that time i want to embrace n cherish dat moment.


2)saya tak suka tgok awak moody..its like i want to b by ur side and ask,,awak ok ke??but i cant..


3)tiap2 kali saya teringat masa awak kalah main boling dulu ,saya rasa nk tergelak sgt2..muka awak mcm terpaksa je belanja saya eskem MCD..hahahaha..tu first time awak prnah kalah kan???hahahahahaha*oppss sorry..


4)tiap2 kali saya nampak awak letih ataupun awak sedih,i feel like i want to lend u my shoulder to cry on..or even my ear so i can hear ur story..


5)awak..kalau awak ketawa+gelak+buat lawak+or even tell the wrong punchline,i still want to laugh and smile..


6)i do hope dat 1 day i can keep up with ur pace! :) cuz u r super fast infront n im still terkedek2 kat blkng nih!


ok..kalau aku teruskan lagi,takut ada je yang muntah hijau..hahaha..ok ,c u on d next entry :) n sorry takleh update lagi tntg TITI AYUN..cuz still tak dpt pic..life is so colourful when u like somebody,but to me ,i hate it cuz im afraid to d fear of falling..but still,it's nice to like someone cuz i know dat im still "STRAIGHT" hakhakhak..C U next entry..TC sweetie!

Tuesday, February 15, 2011

saya.yang.baru! :)

Assalamualaikum uolss!

yeaayyy!! im inspired..dah bertukar wajah belog..diri saya pon dah bertukar sedikit sebanyak..
today got many new awesome friends..wait 4 d pic on d next entry*kalau dpt la gmbar tu from gigi pnya D.S.L.R...haha..

hari ni jgk baru terasa rendah diri cuz dah sedar diri yang ckp English terabur..bersepah Grammar..so sad :(
ni semua sbb Ali n Qila la neyh!! they speak fluent English sampaikan aku rasa mcm agak kekok nk speaking ngn dey guys..wuwuwu..help meeee!!*amek MUET sem nih tp still tunggang langgang..

ok..cbox dah ada..so u guys tinggalkanlah jejak korang..i do n really appreciate it!!kalau boleh letakkan link u guys skali eyh..

just a short update kali nih..my wishes are:

1)dpt jd diri yg lebih baik !*hahaha ayat bajet poyo je ..

2)dpt banyak kawan! dah taknak wat muka bajet cam sombong dh ngn org..*bknnya smbong tp maluuu..ok ok dh ter spill d exact truth !haha

3)ceria ceria ceria mcm kekanak riang ria ribena!!

4)ya Allah help me to go through dis life..

kat sini saya, Nurain Binti Mohd Hassan will promise to make my life as colourful as possible..atas saranan my dearest senior Och..tu suma utk ceciter ceciter kat anak2 nti..hahahaha

dah2 bnyk merapu..pasnih gak blog sy akan bg maklumat tntg bnda lain jugak n bukan pasal sy semata mata*looking 4ward to it..hehe

harap2 semua semua org kat sini sentiasa gembira..live your life to d fullest dear!cuz u worth it*dh mcm iklan..haha..ok..bye n may b c u again on d next entry..

Sunday, February 06, 2011

buntu buntu buntu

Assalamualaikum uolls :)

sbgaimana tajok entry di atas .aku pon dah buntu buntu buntu nihhhhh...disebabkan nk diskus pasal tajok nih..aku takkan bercanda ria lalala ok..aku sbnrnya stress sbb cuti kali nih tak macam cuti.tapi cuti nih best gak la..kalau la cuti sampai 2 minggu ke kannn..baru la best..disebabkan ketensyenan melampau,aku takmau hapdate gambaq..


agenda cuti-cuti CINA..hahaha..ok ok..mood serius pleaseee.

jumaat a.k.a cuti 1:aku baru terkedek nyet nyet balik umah

sabtu: pi aloq staq nuuu..taman puyupuyu(hahaha) makan kenduri kat umah nadya skali khai.

ahad:balik merbok untuk jpj test on d other day.

isnin:JPJ..yeayyy!aku dah dpt P ;) pastu balik Baling ..mlm pulak kuaq p TUALANG ..port wifi..nk siapkan ass.HTML..

selasa:penat takdan abeh,kwn2 aku time old skool dulu ajk g jejalan..pekan yg plg stndard SP la..so,mai la aku balik kat SP..naik CRV cik Pipa bwk..ketua rombongan aku.planner:mijah..pengikut2 tegar:merza + wani.introduce PAD KA PAU(siamese delicioussss yummmmyyyy foood to them).men boling..balik baling.

rabu: sepagi menghabiskan HTML..pastu around 4p.m with her lovely Citra,ATEN ZATTY my BFF since forever ajak kuaq...p pkn baling jaaaa..makan2 laksa,p avon..aten bg friendship bangle..wowww!!!

Khamis:suku-sakat aku PENANG MARIIIII sampai..sebok la aku tolong mak aku masak..sabaq ja la..mmg kecohhh abess..p Lata Bayu..(p/s:Lata Bayu dah bukak ok..hampa jgn dok gatai pi buat maksiat sgt kat situ kot2 sat g wabak kencing tikuih mai balik!)

Jumaat:sepagi kat umah ciwan.mintak tlg sket ngan dia..pastu petang balik umah TOK kat penang plak..gara2 mak aku rindu kat mak dia..

Sabtu:huwwwaaa!!! mak aku dah buang aku kat merbok siap2..wuwuwu..takpa2..camni a..haha..

Hari ni:aku lepak sepanjang hariiiiiiii...plus..Torrent haram tu wat hal plak time2 aku nk download nih..aku semangat nk guna UBUNTU 10.10...tapi nk dual boot with vista..huhuhu..sadis susah..nk kna mount ngan daemon software bla bla bla...menciiiii!

ok u guys esok dah start kelas..8 pagi plak tu..wuwu..cuti hampa plak cena?? ;)haha..homework dah siap??kahkahkah..ok bye.